Wednesday, April 1, 2009

Usrah bulanan

Pas cawangan Taman Impian Ehsan 3 telah mengadakan usrah bulanan yang pertama pada 27 Mac 2009. Usrah tersebut diketuai oleh Tuan Hj Razali iaitu YDP Pas kawasan Hulu Langat merangkap Imam 1 Masjid Nurul Ehsan Hulu Langat.

Usrah diadakan di rumah Ketua Pemuda PAS TIE3 , Saudara Ghazari beralamat no. 56, Jalan Karunmas 7, Taman Desa Karunmas.

Pada usrah kali ini telah dimulai dengan acara taaruf iaitu suai kenal ahli-ahli jemaah. Kehadiran hanyalah 11 orang terdiri daripada ahli jawatankuasa pas cawangan. Tuan Hj. Razali mengingatkan pentingnya usrah kerana ia dapat menguatkan parti di peringkat akar umbi. Perlu diadakan secara berkala iaitu mingguan ataupun bulanan.

Majlis ditamatkan pada pukul 10 malam dengan diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.

Usrah berikutnya akan diadakan pada 24/4/09 di rumah Saudara Mohd Yusoff Moksin ,Ketua Cawangan Pas TIE3.

2 comments:

  1. salam tuan rumah...
    kita jiran setaman nampaknya...

    dr mat jiran kenari

    ReplyDelete
  2. salam bro.matt,terima kasih kerana sudi datang melawat..

    ReplyDelete